POLITIK

Kerajaan tidak gentar PRN, kuasa bubar DUN hak pemerintah negeri – TPM

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan tidak timbul isu takut untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor, sebaliknya dakwaan tersebut disifatkan tidak berasas.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bukan ditentukan oleh mana-mana pihak atau tekanan politik, tetapi terletak di bawah kuasa pemerintah negeri.

Menurut beliau, hal itu merupakan bidang kuasa Yang di-Pertua Negeri Melaka, Pemangku Sultan Johor serta perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Tempoh untuk PRN Melaka dan Johor masih panjang, jadi tidak timbul soal penangguhan. Keputusan pembubaran adalah hak mutlak pihak berkenaan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Mengulas desakan penangguhan, beliau yang juga Presiden UMNO menegaskan kerajaan semasa tidak akan mengulangi pendekatan pentadbiran terdahulu yang pernah menggantung Parlimen dan mengisytiharkan darurat atas faktor politik.

“Jangan samakan keadaan dahulu dengan sekarang. Kerajaan ini tidak pernah berhasrat untuk menangguhkan pilihan raya negeri,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan jentera sentiasa bersedia menghadapi PRN, namun tetap mengambil kira perkembangan semasa termasuk faktor geopolitik di Asia Barat.

Terdahulu, cadangan penangguhan PRN oleh Pengerus DAP Melaka, Khoo Poay Tiong bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat dilaporkan tidak mendapat sokongan, termasuk daripada pihak pembangkang sendiri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button