BERITA SEMASAPOLITIK

Kenyataan desak UMNO keluar dari kerajaan adalah palsu – Dr Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menafikan berhubung satu kenyataan media yang tular di laman sosial berkaitan gesaan agar UMNO keluar dari Kerajaan Perpaduan.

Penyebaran kenyataan palsu itu adalah susulan cadangan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Menurut Akmal Saleh, kenyataan yang tular tersebut adalah tidak benar sama sekali dan berbeza dengan kenyataan yang dikeluarkan beliau sebelum ini.

“Suka saya ingin menyatakan disini mana satu kenyataan yang sebenar berbanding kenyataan yang palsu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan agar tuduhan berunsur politik murahan seperti ini dihentikan, sebaliknya perhatian perlu diberikan kepada mangsa banjir di seluruh negara pada ketika ini.

“Dikala saudara kita di pantai timur dilanda kesusahan dengan ujian banjir, cukup-cukuplah berpolitik murahan seperti ini.

“Fokus kepada membantu rakyat kita di bawah, dari sibuk menyebarkan fitnah yang langsung tidak menguntungkan rakyat.

“Jangan sampai rakyat bosan dengan orang politik,” tegas beliau.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button