JENAYAH & MAHKAMAHBERITA SEMASA

Kematian kanak-kanak dua tahun, polis tahan pengasuh

IPOH – Seorang pengasuh berusia 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan tidak sedarkan diri di rumahnya dan meninggal dunia lebih 27 jam kemudian.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, polis menerima laporan daripada ayah mangsa pada pukul 7.20 malam Isnin lalu yang menyatakan anaknya tidak sedarkan diri selepas terjatuh di lantai rumah pengasuh tersebut di sini.

“Kanak-kanak tersebut dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan lanjut.

“Polis dimaklumkan oleh pegawai perubatan pediatrik bahawa mangsa telah meninggal dunia pada pukul 11.10 malam, Selasa, 6 Ogos,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan pada pukul 10.45 pagi ini mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan kepala akibat trauma tumpul,” tambahnya.

Susulan kejadian itu, pengasuh terbabit ditahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki melakukan penganiayaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button