BERITA SEMASA

‘Jangan hanya pandai buat kenyataan di kerusi empuk dalam bilik aircond’ – bidas Dr. Akmal kepada CUEPACS

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh membidas Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mengkritik Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi selepas menegur penjawat awam di media sosial.

Dr Akmal berkata, tindakan Menteri Besar Johor itu wajar selepas tiada perubahan dan tindakan diambil meskipun berulang kali teguran diberikan.

“Rakyat Johor semua tahu bagaimana kegigihan MB Johor turun sama ada pagi, petang atau tengah malam untuk melihat sendiri dan bukan hanya sekali tetapi banyak kali sudah MB Johor turun malah masalah yang sama masih juga berlaku.

“Bila masalah yang sama masih juga berlaku, walaupun dah berulang kali dinyatakan maka sudah tentu perlu dikejutkan dengan kuasa viral rakyat barulah menteri-menteri dan pegawai atasan ini tersedar dari lamunan mimpi,” katanya menerusi kenyataan Facebook hari ini.

Dalam pada itu Dr Akmal turut menuntut Setiausaha CEUPACS turun ke lapangan sendiri untuk melihat keadaan sebenar dan bukan hanya membuat kenyataan dari pejabat.

“Dalam isu ini, saya minta setiausaha CEUPACS turun sendiri melihat dan bukan hanya pandai buat kenyataan di kerusi empuk dalam bilik aircond,” ujarnya lagi

Katanya, seharusnya setiap pemimpin turun ke lapangan untuk menyelesaikan isu yang timbul tanpa berharap kepada laporan semata-mata.

Sementara itu, Dr Akmal juga memberikan sokongan penuh kepada Menteri Besar Johor dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.

Isnin lalu, Onn Hafiz dalam satu hantaran di Facebook meluahkan rasa kecewa apabila 13 kaunter di laluan kereta di Tambak Johor tidak dibuka kepada orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan sehari sebelum itu.

Beliau dipetik berkata perkembangan pengoperasian pintu sempadan negara di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) itu dilihat masih belum berada pada tahap kecekapan yang penuh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button