Isu boikot: Kenyataan Mufti Perak perlu diambil serius
PUTRAJAYA – Gesaan Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh agar masyarakat bertindak wajar dan pendekatan berhikmah dalam membela Islam sewajarnya diambil perhatian serius.
Yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata
isu boikot, dikhuatiri terlalu disensasikan, akan menimbulkan banyak kekeliruan hingga masyarakat tidak pasti mana satukah fakta yang benar dan tepat.
“YADIM menyeru semua pihak agar cakna dengan kenyataan Mufti Perak supaya isu ini tidak menjadi semakin keruh dan merugikan semua pihak.
“Umat Islam dan bukan Islam di negara ini saling memerlukan. Sebarang ketidakadilan dan keburukan yang menimpa salah satunya, akan memberi kesan kepada yang satu lagi,” katanya dalam satu siaran media hari ini.
Hasanuddin mengingatkan, supaya masyarakat saling hormat dan bantu membantu seperti ditegaskan oleh Sahibus Samahah Mufti negeri Perak.
“Dakwah Islamiah memerlukan suasana tenang dan damai serta hubungan harmoni antara kaum yang menganut pelbagai agama,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








