Ibu Adam Corrie meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Ibu kepada pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah dilaporkan meninggal dunia semalam pada usia 84 tahun.
Melalui hantaran di media sosial, Adam Corrie memaklumkan mengenai khabar duka tersebut.
“Dengan hati yang berat, saya Adam Corrie memaklumkan bahawa ibu tercinta saya telah pergi buat selama-lamanya.
“Buat sementara waktu ini, segala urusan terpaksa saya tangguhkan bagi memberi ruang sepenuhnya kepada urusan pemergian mendiang ibu saya,” tulisnya.
Beliau turut memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku.
“Terima kasih atas segala doa dan sokongan semua,” katanya lagi.
Terdahulu, Adam Corrie memaklumkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini mendiang ibunya semakin uzur.
Beliau mempunyai 10 orang adik beradik termasuk seorang lagi yang bergelar saudara baharu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
