Harapan emas Azizulhasni musnah, penyertaan dibatalkan
PARIS – Harapan untuk melihat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang untuk membawa pulang pingat emas hancur berkecai selepas penyertaannya dalam acara keirin dibatalkan apabila bertindak mendahului pacer sebelum dibenarkan.
Azizulhasni yang bermula di belakang sekali daripada enam pelumba bertindak melakukan kayuhan awal sebelum pacer yang berada di di depan enam pelumba keirin keluar dari trek.
Pelumbaan itu yang terpaksa dimulakan semula bagaimanapun dikejutkan dengan pembatalan penyertaan jaguh berbasikal negara itu.
Berdasarkan peraturan, pacer akan memulakan perlumbaan dengan berada di depan enam pelumba keirin menerusi kayuhan sekitar 35 kilometer sejam bagi dua pusingan pertama sebelum keluar semula bagi membolehkan pelumba memecut bagi empat pusingan terakhir.
Bagaimanapun pelumba tidak dibenarkan memotong pacer tersebut bagi dua pusingan pertama itu.
Setakat ini nasib pelumba negara itu masih belum dapat dipastikan sama ada dibenarkan meneruskan perlumbaan dalam pusingan repechage atau tidak.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








