LUAR NEGARA

Hamas siarkan video terbaharu tahanan Israel

GAZA – Sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam semalam menyiarkan sebuah video yang memaparkan seorang tahanan Israel, Alon Ohel, yang didakwa ditahan di Gaza lebih 700 hari.

Video pendek itu memaparkan Ohel yang berada dalam keadaan fizikal baik sambil mengulas ucapan televisyen pemimpin rejim, Benjamin Netanyahu, lapor Al Jazeera.

Tahanan berusia 24 tahun itu dilaporkan berkata, “Saya menuntut kerajaan Amerika Syarikat berhenti menyokong keputusan Netanyahu. Utusan khas AS, Steve Witkoff, tidak boleh membiarkan Netanyahu membunuh kami.”

Ohel turut menyatakan, semua tahanan sepertinya kini menjadi “beban” kepada rejim Israel yang didakwa cuba “menyingkirkan mereka”.

Penyiaran video terbaharu itu dibuat ketika rundingan mengenai pertukaran tahanan dan gencatan senjata masih buntu, dengan kedua-dua pihak saling menyalahkan atas kegagalan mencapai persetujuan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button