Hadiah istimewa Hari Guru, SK Dengkil muncul naib johan festival nasyid peringkat Sepang
SEPANG – Kumpulan nasyid Sekolah Kebangsaan Dengkil (SKD) memberi hadiah istimewa sempena Hari Guru yang disambut hari ini apabila muncul naib johan sempena Festival Nasyid Sekolah-sekolah peringkat daerah Sepang yang berlangsung di sini semalam.
Menurut Guru Besar SKD, Norazlina Mohd Ali, pada masa sama salah seorang peserta kumpulan nasyid itu juga dinobatkan sebagai peserta solo terbaik menerusi Muhammad Amin Rusmizam.
Lebih istimewa katanya, kemenangan itu merupakan pencapaian terbaik sekolah terbabit sepanjang menyertai festival nasyid itu.
“Lebih manis dengan kejayaan ini apabila kumpulan nasyid Ar Rayyan mendendangkan lagu yang direka sendiri oleh guru SKD yang berjudul Martabat insaniyah dan Majulah dengan doa yang masing-masing dicipta oleh cikgu Ahmad Farhan Ismail dan cikgu Munaliza Mohd Amin,” katanya kepada Malaysia Tribune.
Dalam festival nasyid tahunan yang berlangsung di Sekolah Menengah Dengkil itu, Sekolah Kebangsaan Dato Abu Bakar Baginda menerusi kumpulan Mutiara Baginda berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun sebelum ini.
Pemenang membawa balik trofi dan sijil penyertaan.
Sementara itu, cikgu Farhan berkata, lagu ciptaannya yang berjudul Adab dan Nilai pemangkin generasi MADANI diilhamkan daripada tema Festival Nasyid dan Khat Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan.
Ujarnya, manakala lagu Majulah dengan doa pula diilhamkan daripada silibus Pendidikan Islam tahun dua iaitu Perkenankan doa kami.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














