BERITA SEMASA

GV Ride tawar perkhidmatan tambang percuma di Subang Jaya sepanjang April ini

SUBANG JAYA – Penduduk dan pengunjung di sekitar Subang Jaya boleh menikmati ‘tambang percuma’ ketika menggunakan perkhidmatan e-hailing tempatan, GV Ride sepanjang April ini.

Pengendali GV Ride, GV Car Ventures Sdn Bhd (GVV) berkata promosi itu susulan sambutan hangat penduduk Subang Jaya selepas pelancaran kempen “Free Rides Subang – Petaling Jaya – Kajang” yang dirasmikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Ahli Dewan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Ng Sze Han, Februari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif GVV, Kabeer Singh Maand berkata, sambutan luar biasa dari masyarakat Subang Jaya mendorong pihaknya melanjutkan tawaran promosi tambang percuma khusus di Subang Jaya sepanjang bulan April ini.

“Langkah ini diambil sebagai penghargaan atas sokongan yang diberikan oleh warga Subang Jaya, di samping memperkenalkan perkhidmatan e-hailing tempatan yang lebih selamat dan berkualiti.

“Kempen Free Rides Subang ini berlangsung dari 1 April hingga 30 April ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif GV Ride “1 Million Free Ride Kempen”, yang bertujuan menggalakkan lebih ramai pengguna mencuba perkhidmatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi menikmati perkhidmatan itu, Kabeer berkata, pengguna perlu memuat turun aplikasi GV Ride melalui “Google Play Store” atau “Apple App Store”.

Selain itu, Kabeer berkata pengguna perlu melengkapkan pendaftaran sebagai penumpang, tempah perjalanan seperti biasa, dengan syarat lokasi penjemputan berada di dalam kawasan Subang Jaya.

“Setiap pengguna layak untuk satu perjalanan percuma sehari, dengan had tambang percuma maksimum sebanyak RM30 termasuk tol.

“Jika tambang melebihi RM30, penumpang perlu membayar baki selebihnya kepada pemandu,” katanya.

Tambahnya lagi, promosi itu terhad kepada jumlah subsidi RM500,000 dan akan berakhir sebaik sahaja peruntukan ini digunakan sepenuhnya.

Kabeer berkata pihak GV Ride berharap tawaran itu dapat memberikan manfaat kepada penduduk Subang Jaya dalam mendapatkan perkhidmatan pengangkutan yang mudah, selamat dan dipercayai.

“Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.gvcarventures.com, atau menghubungi talian +6012-500 3217.

“Ikuti juga GV Ride di media sosial rasmi mereka di Facebook: GV Ride dan Instagram, mygvrides,” katanya.

GV Ride ialah penyedia perkhidmatan e-hailing tempatan yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan yang selamat dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Dengan aplikasi mesra pengguna dan pemandu berpengalaman, GV Ride komited dalam memberikan pengalaman perjalanan terbaik kepada pelanggan mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button