BERITA SEMASA

GV Ride tawar pengangkutan percuma kepada mangsa kebakaran saluran gas Putra Heights

SUBANG JAYA – Penyedia perkhidmatan e-hailing tempatan, GV Ride mengumumkan penawaran perkhidmatan pengangkutan percuma kepada mangsa kebakaran akibat letupan paip gas di Putra Heights, 1 April lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif GV Ride, Kabeer Maand berkata, inisiatif itu merupakan tanda sokongan kepada penduduk yang kini berhadapan situasi mencabar akibat insiden berkenaan.

Tambahnya, tawaran perjalanan percuma GV Ride itu meliputi perjalanan ke tempat kerja, sekolah, janji temu perubatan dan keperluan penting lain.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen GV Ride terhadap sokongan komuniti dan memastikan gangguan terhadap rutin harian adalah minimum.

“GV Ride menegaskan komitmen syarikat untuk sentiasa bersama komuniti. Kami percaya pada tindakan apabila komuniti kami paling memerlukan.

“Inisiatif ini adalah cara kami untuk menyumbang semula dan memastikan mereka yang terkesan oleh tragedi ini mempunyai akses kepada pengangkutan yang selamat dan boleh dipercayai,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Kabeer kemudiannya berkata, GV Ride akan bekerjasama rapat dengan pejabat EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri, Ng Sze Han dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat dalam usaha bantuan bagi menyelaras program ini.

Tambahnya, inisiatif itu akan berlangsung untuk satu tempoh masa, bagi memberi peluang kepada keluarga yang terkesan membuat persediaan dan penyelesaian pengangkutan jangka panjang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button