Laluan ELITE Seafield-Bandar Saujana Putra ditutup sepenuhnya
SUBANG JAYA – Laluan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) antara Seafield dan Bandar Saujana Putra ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan susulan kebakaran di Putra Heights, pagi tadi.

PLUS Malaysia dalam kenyataan di akaun Facebook miliknya memaklumkan, pengguna yang menghala ke selatan akan dilencongkan ke Plaza Tol Seafield sebelum masuk semula ke lebuh raya ELITE menerusi Plaza Tol Bandar Saujana Putra.
“Bagi pengguna yang menghala ke utara, mereka diarahkan keluar di Plaza Tol Bandar Saujana Putra dan masuk semula ke lebuh raya ELITE menerusi Plaza Tol Seafield,” kata kenyataan itu, hari ini.
Selain itu, semua laluan masuk ke lebuh raya ELITE melalui Plaza Tol USJ dan Putra Heights turut ditutup.
Orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps bagi mengelakkan kesesakan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








