BERITA SEMASA

Gangguan teknikal: Penumpang MRT laluan Kajang beratur panjang di stesen Phileo Damansara

KUALA LUMPUR – Satu video yang tular di media sosial pagi ini memaparkan orang ramai beratur panjang di Stesen Phileo Damansara, selepas sebuah tren MRT laluan Kajang mengalami gangguan teknikal.

Menurut kemas kini rasmi MRT Kajang Line, tren tersebut terpaksa dibawa keluar daripada perkhidmatan akibat masalah teknikal.

MRT memaklumkan, susulan kejadian itu tren lain yang beroperasi akan bergerak lebih perlahan dan berhenti lebih lama di platform.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran anda. Ikuti kami untuk sebarang kemas kini lanjut,” kata pihak MRT dalam kenyataan rasmi.

Gangguan sebegini bukanlah yang pertama bagi laluan MRT Kajang.

Beberapa bulan lalu, beberapa masalah teknikal telah menyebabkan kelewatan tren dan menjejaskan perjalanan harian ribuan penumpang.

MRT dilaporkan berkata, pihaknya sentiasa menjalankan pemeriksaan berkala dan menambah kakitangan sokongan untuk menangani sebarang gangguan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button