FlySiswa MADANI 2027 naik kepada RM500, manfaat lebih 60,000 penuntut IPTA
KUALA LUMPUR – Bantuan tiket penerbangan FlySiswa MADANI bagi 2027 dinaikkan kepada RM500 berbanding RM400 sebelum ini, sekali gus memberi manfaat kepada lebih 60,000 penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan bantuan itu merupakan antara inisiatif kerajaan bagi membantu mahasiswa menampung kos perjalanan udara.
Dalam perkembangan berkaitan kebajikan mahasiswa, kerajaan turut memperluas Program Dapur Siswa MADANI ke politeknik dan institut pendidikan guru dengan peruntukan RM20 juta.
Program itu merangkumi penyediaan peralatan memasak, sumbangan bahan makanan serta Menu Kasih Siswa pada harga RM5 bagi membantu mahasiswa mendapatkan makanan pada harga berpatutan.
Kerajaan juga akan memberikan potongan cukai kepada pihak yang menyumbangkan makanan dan peralatan bagi menyokong pelaksanaan program berkenaan bagi tempoh 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








