BERITA SEMASASUKAN

FIB masih semak dokumen Lesen Kebangsaan Liga Super 2025–2026

KUALA LUMPUR – Proses semakan dokumen bagi permohonan Lesen Kebangsaan untuk aksi Liga Super musim 2025–2026 masih dijalankan oleh badan bebas First Instance Body (FIB).

Pengerusinya, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata, jawatankuasa FIB memerlukan sedikit masa lagi bagi meneliti semua dokumen dan maklumat yang telah dimuat naik oleh kelab-kelab terlibat sebelum tarikh tutup permohonan pada 10 Mei lalu.

Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif dokumen
Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif

“Setakat ini, sebanyak 387 dokumen dan ‘entries’ daripada kelab Liga Super serta 98 dokumen dan ‘entries’ daripada kelab Liga A1 Semi-Pro telah diterima menerusi Sistem Pelesenan AFC CLAS.

“Dokumen ini merangkumi enam kriteria utama iaitu Kewangan, Perniagaan, Kakitangan dan Pentadbiran, Perundangan, Sukan serta Infrastruktur yang perlu dipenuhi oleh setiap kelab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebaik sahaja proses semakan selesai, keputusan rasmi berhubung kelulusan Lesen Kebangsaan 2025–2026 akan diumumkan oleh pihak FIB.

“Pihak kami komited untuk melaksanakan semakan secara menyeluruh bagi memastikan semua kelab benar-benar mematuhi syarat pelesenan yang ditetapkan,” katanya lagi.

Permohonan Lesen Kebangsaan merupakan keperluan wajib bagi kelab-kelab yang ingin beraksi dalam saingan Liga Super, selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button