SUKAN

Tarikh akhir pelesenan kelab dilanjutkan hingga 10 Mei – MFL

KUALA LUMPUR – Malaysian Football League (MFL) memaklumkan bahawa tarikh akhir untuk memuat naik dokumen Pelesenan Kelab telah dilanjutkan sehingga 10 Mei 2025 susulan beberapa permohonan yang diterima daripada kelab-kelab Liga Super.

Pengerusi jawatankuasa First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata, FIB bersetuju memberikan lanjutan masa bagi kelab-kelab melengkapkan semua dokumen berkaitan Pelesenan Kelab Kitaran 2024–2025 bagi Lesen Kebangsaan dalam sistem pelesenan AFC CLAS.

“FIB bersetuju untuk menetapkan 10 Mei 2025 sebagai tarikh akhir bagi semua kelab Liga Super melengkapkan dokumentasi pelesenan yang masih belum lengkap,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Beliau berharap lanjutan masa itu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua kelab untuk memastikan semua dokumentasi yang diperlukan diselesaikan menjelang tarikh yang telah ditetapkan.

Sebelum itu media melaporkan, MFL berharap semua kelab akan berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan sekali gus kekal beraksi dalam saingan Liga Super.

Terdahulu, beberapa pasukan Liga Super berdepan isu kewangan dan tunggakan gaji, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kemampuan mereka untuk menyertai saingan musim hadapan.

Namun begitu, masih berbaki lima hari untuk kelab menyelesaikan masalah yang dihadapi sebelum tempoh pelesenan tamat.

Pihak MFL telah bertemu dengan pemilik kelab untuk memahami lebih lanjut masalah yang dihadapi.

“Setakat ini, tiada pasukan yang memaklumkan mereka tidak dapat beraksi dalam Liga Super,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button