BERITA SEMASA

Festival Muzik Air Kuantan meriahkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026

KUALA LUMPUR – Pantai Teluk Cempedak bakal menjadi tumpuan ramai apabila acara Festival Muzik Air Kuantan bakal dianjurkan di lokasi tersebut.

Festival tersebut adalah antara acara yang disenaraikan dalam kalender Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, anjuran Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuantan.

Menurut jurucakap penganjur, Jazri Danish dalam satu kenyataan media hari ini, penganjuran festival tersebut bakal berlangsung selama tiga hari pada 1 hingga 3 Mei depan.

“Antara pengisiannya termasuk pertandingan bola sepak pantai,
sukaneka air, bola tampar pantai,
basikal pantai, boling pantai buah kelapa dan pertunjukan api pada waktu malam.

“Pengunjung boleh mengambil bahagian dalam beberapa acara yang diadakan dan terbuka kepada orang awam secara percuma,” katanya.

Selain itu katanya, pengunjung juga berpeluang bersantai bersama keluarga dan menikmati pelbagai juadah di gerai jualan yang disediakan di sepanjang Pantai Teluk Cempedak.

“Pihak penganjur menjangkakan seramai 100,000 pengunjung hadir ke festival yang julung kali dianjurkan itu yang bakal berlangsung ketika cuti panjang sempena Hari Pekerja.

“Orang ramai khususnya di negeri-negeri Pantai Timur dijemput hadir beramai-ramai dan tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan penganjuran festival ini,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button