Eyka Farhana, Akhyar Rashid timang bayi sulung lelaki
KUALA LUMPUR – Pelakon, Eyka Farhana berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan bayi lelaki hasil perkahwinan bersama pemain bola sepak, Akhyar Rasyid pada 16 Mei lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Eyka menyifatkan detik kelahiran itu sebagai momen paling bermakna dalam hidupnya.
“Masya-Allah Tabarakallah, detik paling indah dalam hidup saya berlaku pada 16 Mei 2026. Selamat datang ke dunia, hero saya, Muhammad Luay Khayr bin Muhammad Akhyar,” tulisnya.
Menurut Eyka, proses kelahiran berjalan lancar dan dia bersyukur bayi sulungnya itu selamat dilahirkan secara normal.
“Alhamdulillah, Luay Khayr selamat dilahirkan secara normal. Segala kesakitan seolah-olah hilang serta-merta apabila Mama melihat wajah kecilmu, sayang.
“Kamu sangat disayangi, terlalu berharga, dan kini sudah menjadi bahagian terbesar dalam hidup Mama,” katanya.
Sementara itu, Akhyar turut berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, Ya Allah. Selamat datang, Muhammad Luay Khayr bin Muhammad Akhyar. Our little blessing, our greatest love. Alhamdulillah untuk sebuah perjalanan yang indah ini.
“Untuk isteri saya, terima kasih kerana kuat melalui segala-galanya. Terima kasih menjadikan saya seorang ayah,” tulisnya.
Terdahulu, Eyka mengumumkan dia bakal menimang cahaya mata pertama selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.
Pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada 2 Mei 2025 dalam sebuah majlis tertutup di Boathouse By The Lake, Ampang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




