BERITA SEMASA

Enam daerah di Selangor, Kuala Lumpur alami gangguan air Rabu ini

KUALA LUMPUR – Enam daerah di Selangor dan beberapa kawasan di ibu kota dijangka mengalami gangguan bekalan air pada Rabu ini bermula pukul 9 pagi sehingga pukul 3 pagi Khamis.

Antara kawasan yang terjejas adalah di wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, gangguan bekalan air berjadual itu disebabkan oleh kerja-kerja penambahbaikan aset Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 itu dijangka siap pada pukul 7 malam.

“Pengguna dijangka menerima bekalan secara berperingkat bermula pada jam 3 pagi pada 6 Jun selepas sistem agihan utama bekalan distabilkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Air Selangor, pihaknya akan menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan terlibat dengan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Bagi pelanggan komersial, bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Air Selangor di wilayah yang terjejas.

“Pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di empat stesen pengisian air yang akan dibuka di Breamer Estet (Hulu Langat), Taman Gemilang Dengkil dan Pekan Salak (Sepang), serta Taman Banting Baru (Kuala Langat),” katanya.

Dalam pada itu, Air Selangor turut menasihatkan pelanggan terjejas agar menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor melalui talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button