Dua anggota polis dari IPD Kajang lakukan pemerasan digantung tugas
KAJANG – Dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang yang dirakam melakukan pemerasan di Jalan Taming Sari di sini akan digantung tugas.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, tindakan menggantung tugas kedua-dua anggota itu dilaksanakan sementara kes dibawa ke mahkamah.
“Mengenai aspek tatatertib, siasatan sudah dimulakan sejurus menerima laporan.
“Tindakan sewajarnya akan diambil selepas siasatan dijalankan,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Media sebelum ini melaporkan dua anggota polis yang bertugas di IPD Kajang ditahan susulan video tular memaparkan kejadian pemerasan warga asing.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan dilaporkan berkata satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Berikutan kejadian itu, kedua-dua suspek dituduh di Mahkamah Kajang pagi tadi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







