Draf RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga masih di peringkat kajian – Nik Azmi
KUALA LUMPUR – Draf Rang Undang-Undang (RUU) Kecekapan dan Konservasi Tenaga masih di peringkat kajian jelas Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menurut Nik Azmi, sekiranya RUU tersebut dilaksanakan, penggunaan tenaga bagi peralatan elektrik akan dapat digunakan pada tahap yang lebih cekap.
Katanya, banyak negara yang telah menggunakan akta tersebut, contohnya seperti negara England yang mana jelasnya, permintaan terhadap tenaga telah berkurang secara konsisten sejak 20 tahun lepas.
“Masih dalam kajian, tunggu nanti kita akan umumkan. Banyak negara dah ada akta itu dia nak lihat dari segi penggunaan peralatan kecekapan penggunaan tenaga. Contoh England, demand (permintaan) tenaga telah menurun secara konsisten sejak 20 tahun.
“Jadi kita tidak perlu bina loji jana kuasa yang memerlukan kos yang besar. Menteri-menteri sebelum ini dah sebut mengenai perkara ini tapi kita akan muktamadkan dan bawa ke peringkat kementerian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Malaysia Energy Literacy Program (MELP) di Wisma Sumber Asli di sini, hari ini.
Jelas Nik Azmi, program tersebut adalah bagi meningkatkan kesederan dalam kalangan rakyat bagi penggunaan tenaga yang lebih cekap.
“Ini antara usaha kita untuk meningkatkan penjanaan tenaga kita juga mahu pastikan gunakan tenaga yang efisiyen kerajaan juga berhasrat untuk kawal penggunaan tenaga tersebut di tahap yang lebih mampan.
“Program ini akan melibatkan penglibatan pelbagai pihak. Selain daripada kerajaan dan kementerian, badan kawal selia, Ahli Parlimen, pelanggan, pelajar sekaloh, belia, dan media juga akan terlibat.
“Rakyat perlu diajak agar bersama-sama kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB dalam memahami serta menghayati agenda dan proses peralihan tenaga yang perlu mengimbangi cabaran Trilema Tenaga iaitu jaminan bekalan, kebolehmampuan dan kemampanan,” jelasnya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








