Diskaun kompaun saman sehingga 50 peratus di Program MADANI Rakyat 2025 Perak
LUMUT – Orang ramai berpeluang menikmati pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 50 peratus bagi saman terpilih sempena penganjuran Program MADANI Rakyat 2025 peringkat Negeri Perak.
Kempen itu akan berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Jun 2025 bertempat di Lumut Waterfront, Lumut, Perak.
“Peluang ini terbuka kepada semua yang ingin menyelesaikan saman tertunggak dengan lebih jimat dan efisien.
“Orang ramai digalakkan hadir lebih awal bagi mengelakkan kesesakan serta memastikan urusan penyelesaian saman berjalan lancar,” kata kenyataan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) melalui hantaran di Facebook.
Menurutnya lagi, inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat serta memupuk semangat tanggungjawab dalam kalangan masyarakat.
Dengan tema ‘Pendidikan Tinggi Pemacu Negara MADANI’, program itu turut menampilkan pelbagai perkhidmatan dan pameran agensi kerajaan, bertujuan mendekatkan rakyat dengan inisiatif-inisiatif kerajaan di bawah konsep Malaysia MADANI.
“Ambillah tindakan sekarang demi ketenangan minda dan kesejahteraan hidup anda,” kata kenyataan itu lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
