
Bumbung runtuh: KP IKIM diarahkan beri kerjasama
PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil diarahkan untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menyiasat secara terperinci insiden bumbung dewan yang runtuh, semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, beliau sudah dimaklumkan berkenaan kejadian itu semalam, membabitkan enam kakitangan IKIM.
Beliau juga meminta pengurusan IKIM mengambil langkah keselamatan dengan segera supaya tidak berlaku sebarang insiden tidak diingini.

“Saya mendoakan kakitangan yang mengalami kecederaan itu diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Semalam, media melaporkan, enam wanita berusia 30 hingga 50 tahun warga tempatan cedera ringan selepas keseluruhan bumbung dewan IKIM di Jalan Duta runtuh dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 11.56 pagi.
Seramai 15 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas dan BBP Jalan Hang Tuah dihantar ke lokasi kejadian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





