BERITA SEMASA

Pintas Utama terima penghargaan, terus santuni jemaah haji Malaysia untuk tahun ketiga

KUALA LUMPUR – Syarikat kontraktor bumiputera, Pintas Utama menerima plak penghargaan di atas sumbangan berterusan syarikat itu sebagai Sahabat Korporat Tabung Haji (TH) menerusi penajaan set beg kepada jemaah Malaysia sepanjang tempoh Haji 1446H/2025.

Penghargaan itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama, Datuk Ir Marhalim Mohamed pada Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat TH di sini.

Agihan set beg berkenaan dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negeri ketika penganjuran Kursus Perdana Haji, termasuk di Selangor pada April lalu yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Marhalim berkata, sumbangan bagi tahun ketiga itu menjadi simbol kepada kekukuhan syarikat terbabit dalam menyantuni jemaah Muassasah.

“Ia amat bermakna bagi sebuah syarikat seperti Pintas Utama.

“Walaupun sederhana, sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu melengkapkan persiapan jemaah sebelum berangkat menunaikan ibadah haji,” katanya.

Selain berperanan sebagai syarikat berpengalaman dalam pengurusan cerun dan infrastruktur, Pintas Utama konsisten melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi manfaat kepada rakyat merangkumi inisiatif pendidikan, kebajikan serta sokongan komuniti

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button