BERITA SEMASA

‘Beliau’ suka mainkan isu provokatif – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA – Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad gemar menaikkan isu berbaur provokasi terutamanya apabila suhu politik negara mula panas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau berpendapat Dr. Mahathir berbuat demikian hanya semata-mata kerana mahu dilihat sebagai masih relevan dalam iklim politik negara.

“Saya rasa saya biarkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk jawab (tetapi) mengenali Dr. Mahathir, beliau memang gemar melemparkan isu-isu provokatif dan saya tidak berniat untuk membalas taktik provokasi itu.

“Beliau sudah memikirkannya (untuk membuat dakwaan itu) dan beliau menggunakan taktik ini untuk memprovokasi pihak lain kerana mahu (dilihat) sentiasa peka dalam keadaan umurnya itu,” kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, tindakan bekas perdana menteri itu juga dilihat seperti sengaja dibuat-dibuat susulan pilihan raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Dr. Mahathir bahawa tindakan mempromosikan negara berbilang kaum adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button