BERITA SEMASA

Bekas Imam Besar Masjid Negara meninggal dunia

SHAH ALAM – Dunia ilmu dan umat Islam di negara ini kehilangan seorang tokoh besar apabila mantan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Dr Syaikh Ismail Muhammad, kembali ke rahmatullah hari ini.

Allahyarham yang juga Ahli Jawatankuasa Literasi Al-Quran Selangor serta Pensyarah Talaqqi Lanjutan Tinggi Akademi Literasi Al-Quran Selangor, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi.

Menurut Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), urusan mandi dan kafan akan dijalankan selepas solat Subuh di masjid berkenaan.

Solat jenazah pula dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi sebelum jenazah dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22.

Pihak masjid turut mengajak masyarakat untuk bersama mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman serta diberikan ganjaran syurga sebagai tempat persemadian abadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button