Bangunan lama milik JAKOA musnah dalam kebakaran
KUALA LUMPUR – Sebuah bangunan lama Unit Pengurusan Gombak (UPG) musnah seratus peratus dalam satu kejadian tengah hari tadi.
Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam satu kenyataan, dalam kejadian pukul 1.29 tengah hari itu turut memusnahkan sebuah kontena yang mengandungi peralatan projek pembaikan cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) yang sedang beroperasi.
“Kejadian ini disedari oleh kakitangan JAKOA yang berada di lokasi berhampiran. Pada jam 1.55 tengahari, sebanyak 5 jentera Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Melati, Simpang Tiga Greenwood dan Selayang tiba di lokasi kebakaran.

“Api berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya pada jam 3 petang. Punca kebakaran dan kemusnahan aset masih dalam siasatan pihak bomba dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu katanya, bangunan lama itu telah digunakan untuk menyimpan barang-barang lama sumbangan komuniti seperti buku, perabot, mesin jahit dan fabrik yang tidak digunakan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








