Ashwad Ismail dilantik Ketua Pengarah Penyiaran baharu
KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail dilantik sebagai Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu.
Perkembangan itu dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik & Pengurusan) Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran.
“Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu, saudara Ashwad Ismail serta Timbalan Ketua Pengarah, Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah.
“Semoga kepemimpinan yang dibawa terus memperkukuh industri penyiaran negara, memacu inovasi serta menyampaikan maklumat yang sahih dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat,” katanya menurut hantaran.
Pelantikan Ashwad bagi menggantikan Datuk Suhaimi Sulaiman yang secara rasmi menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Penyiaran kelmarin.
Sebagai rekod, Ashwad sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pengarang Astro Awani sejak lima tahun lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















