ASEAN, Korea Selatan bertekad perkukuh kerjasama serantau hadapi cabaran global
KUALA LUMPUR – ASEAN dan Republik Korea kekal berpandangan bahawa kemajuan hanya akan dapat dicapai melalui semangat kerjasama dan saling percaya ketika dunia berdepan cabaran besar.
Perdan Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hubungan dialog ASEAN–Republik Korea menjadi contoh kerjasama berasaskan kepercayaan, saling menghormati dan manfaat bersama dalam mendepani cabaran seperti gangguan teknologi, persaingan strategik, rantaian bekalan yang terganggu serta tekanan terhadap sistem perdagangan pelbagai hala.
“Sidang Kemuncak ASEAN–Republik Korea sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bermula hari ini dan sewaktu ucapan pembukaan, saya menegaskan bahawa selama lebih tiga dekad, hubungan dialog ASEAN–Republik Korea menjadi contoh kerjasama berasaskan kepercayaan, saling menghormati dan manfaat bersama.
“Kini, hubungan ini telah berkembang menjadi Perkongsian Strategik Komprehensif lantas mencerminkan keyakinan mendalam dan nilai jalinan yang kukuh antara kedua-dua pihak,” kata Anwar dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Beliau menambah, penyertaan sulung Presiden Republik Korea, Lee Jae-myung sebagai rakan penting ASEAN dalam persidangan kali ini diharap akan dapat memperkukuh lagi hubungan dan kerjasama strategik antara Republik Korea dan negara-negara sahabat ASEAN dalam pelbagai bidang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








