Aliran trafik di lebuh raya utama makin meningkat
KUALA LUMPUR – Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama dilaporkan meningkat dan bergerak perlahan susulan pergerakan orang ramai sempena cuti Krismas serta cuti persekolahan akhir tahun.
Menurut kemas kini Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat pukul 12.33 tengah hari, peningkatan jumlah kenderaan dikesan di beberapa lebuh raya utama melibatkan laluan utara, selatan serta sekitar Lembah Klang.
Di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, trafik perlahan dilaporkan dari Rawang ke Bukit Beruntung, Slim River ke Bidor, Ipoh Utara ke Terowong Menora, Kuala Kangsar ke Changkat Jering, Bandar Baharu ke Jawi, Permatang Pauh ke Plaza Tol Sungai Dua serta Sungai Petani Selatan ke Sungai Petani Utara.
Bagi arah selatan pula, aliran trafik perlahan dari Seberang Jaya ke Juru serta Juru Auto City ke Plaza Tol Juru.
Sementara itu, aliran trafik di PLUS arah selatan dari Bukit Gambir ke Tangkak turut terjejas susulan kemalangan di Kilometer (KM) 173.0 yang menyebabkan lorong kanan terhalang. Keadaan sama dilaporkan selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke pusat bandar.
Di sekitar Lembah Klang, kesesakan turut dilaporkan di beberapa lebuh raya utama termasuk Lebuh Raya DamansaraāPuchong, Lebuh Raya DutaāUlu Klang, Lebuh Raya SetiawangsaāPantai, Lebuh Raya Baru Pantai serta Lebuh Raya CherasāKajang.
Selain itu, trafik perlahan turut dikesan di Lebuh Raya Kuala LumpurāKarak dari MRR2 ke Plaza Tol Gombak serta dari Gombak ke Genting Sempah, selain di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah arah selatan dari Bandar Saujana Putra ke Bandar Gamuda Cove.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




