BERITA SEMASA

Akta, Enakmen dan Ordinan Jenayah Syariah sah selagi tidak dicabar

KUALA LUMPUR – Peruntukan dalam akta, enakmen, ordinan jenayah syariah di negeri selain Kelantan masih sah selagi tidak dicabar.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, peruntukan-peruntukan tersebut masih sah dan berperlembagaan serta boleh dikuatkuasakan, walaupun Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, terbatal dan tidak sah baru -baru ini.

“Ia sah selagi mana keperlembagaan peruntukan-peruntukan tersebut tidak dicabar dan tidak disytiharkan sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Jelasnya, keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini hanya membabitkan 16 daripada 18 peruntukan kesalahan jenayah syariah di Kelantan, bukannya di negeri-negeri lain.

“Namun begitu adakah Kerajaan Persekutuan boleh mengarahkan negeri-negeri untuk meminda undang-undang syariah di negeri-negeri?

“Apa yang boleh diputuskan, berdasarkan Fasal 2 Perkara 74, dan Butiran I Senarai II Senarai Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, hal ehwal agama Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri-negeri.

Maka Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Raja merupakan pihak berkuasa utama yang perlu dilindungi dan perlu memberi perkenan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang ingin tahu bagaimana kerajaan menguruskan isu terbabit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button