BERITA SEMASA
Agong terima menghadap Ketua Polis Negara
JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail hari ini, bagi membincangkan hal ehwal keselamatan negara.
“Dalam pertemuan yang berlangsung di Istana Pasir Pelangi ini, Seri Paduka Baginda dipersembahkan taklimat berkaitan perkembangan dan situasi semasa keselamatan negara oleh Mohd Khalid,” menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim.
Seri Paduka Baginda juga merupakan Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Turut berangkat mengiringi Sultan Ibrahim ialah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















