
JENAYAH & MAHKAMAH
AGC tolak representasi ibu bapa kanak-kanak autistik Zayn Rayyan
PETALING JAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin untuk menyemak semula, menarik balik dan menggugurkan pertuduhan yang dihadapi mereka.
Keputusan itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh di Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini.
Mahkamah menetapkan 10 Januari 2025 sebagai tarikh prosiding seterusnya untuk tindakan lanjut.
Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai alasan penolakan representasi tersebut belum didedahkan.
Kes itu terus mendapat perhatian umum kerana melibatkan isu berkaitan hak kanak-kanak autistik dan tindakan undang-undang terhadap penjaga.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






