Berita Semasa

Anwar suarakan pentingnya keamanan, kestabilan pada Sidang Kemuncak ASEAN-China

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kepentingan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan serta mengukuhkan multilateralisme yang terjalin selama ini.

Anwar berkata demikian dalam Kemuncak ASEAN-China ke-26 di Jakarta, Indonesia hari ini.

“Hatta, saya menyatakan keyakinan terhadap Penaiktarafan Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0 yang akan memperdalam integrasi ekonomi serantau.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Persidangan ASEAN-China ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, Indonesia, 6 September, 2023. – SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri
NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDAT

“Saya menggesa kerjasama yang lebih kukuh dalam bidang pertanian bagi menangani krisis keselamatan makanan serta membangunkan sumber manusia dengan memupuk inovasi, teknologi dan pendidikan teknikal,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia juga mengalu-alukan Tahun Pertukaran Rakyat ke Rakyat ASEAN-China pada 2024 yang memberi ruang untuk terus memupuk persahabatan yang berdaya tahan di kalangan generasi masa depan.

Show More

Related Articles

Back to top button