LUAR NEGARA

PN rakam ucapan tahniah terhadap Presideng Singapura yang baharu

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merakamkan ucapan tahniah kepada Tharman Shanmugaratnam yang dipilih sebagai Ketua Negara baharu Singapura selepas memenangi Pilihan Raya Presiden, semalam.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu berkata, pihaknya mengucapkan selamat maju jaya kepada bekas menteri kanan itu dan berharap Malaysia dan Singapura akan terus menyokong antara satu sama lain.

“Kedua-dua negara berjiran ini akan terus menyokong antara satu sama lain dalam memastikan sejarah dan nilai yang hebat akan terus dipertingkatkan untuk generasi akan datang.

“Walaupun kita telah mengambil haluan masing-masing, ikatan antara negara kita berterusan menunjukkan kekuatannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, walaupun terdapat perselisihan antara kedua-dua negara, ia akhirnya dapat diselesaikan secara aman dan dengan bijaksana.

Semalam, Tharman menang dalam pilihan raya itu selepas menerima 70.40 peratus undi.

Sementara bekas Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan GIC Pte Ltd, Ng Kok Song mendapat 15.72 peratus manakala bekas Ketua Eksekutif NTUC Income Insurance Co-operative Ltd , Tan Kin Lian mendapat 13.88 peratus.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button