BERITA SEMASADALAM NEGERI

APM selamatkan ‘Spiderman’ cedera jatuh 20 meter di Bukit Dinding

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang memakai kostum lengkap ‘Spiderman’ cedera akibat terjatuh dari ketinggian 20 meter dengan kecuraman 75 darjah di Bukit Dinding, petang semalam.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, dua pasukan penyelamat APM Kuala Lumpur bersama Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memberikan rawatan awal kepada mangsa.

“Seorang lelaki yang memakai kostum lengkap ‘Spiderman’ yang dipercayai telah tercedera akibat terjatuh dari ketinggian 20 meter dengan kecuraman 75 darjah di Bukit Dinding,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

APM Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya kemudian menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button