Shimba, si kucing comel jadi perhatian di perbarisan APM
PUTRAJAYA – Kehadiran seekor kucing bernama Shimba dalam kontinjen Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 di sini, semalam mencuri tumpuan pengunjung.
Menerusi hantaran video di TikTok oleh pemilik akaun @Eliza Mak Kucing, kelihatan Shimba berada dalam dakapan seorang anggota APM yang berdiri di atas kenderaan rasmi pasukan itu.
Lebih mencuit hati, terdapat sehelai kertas yang dilekatkan dengan tulisan berbunyi, “Hi saya Shimba. Saya mangsa ya, bukan penyelamat.”
Kemunculan si bulus itu bukan sahaja menambah warna pada perbarisan, malah mengundang pelbagai reaksi netizen yang terhibur dengan gelagatnya.
Menjengah ruangan komen, masing-masing teruja melihat video keberadaan kucing tersebut.
“Wow, mangsa dikelilingi superhero,” komen @khairunisabahar.
“Tahun ini APM menang sebab bulus-bulus ikut perarakan. Tak perlu badan sado, bulus pun cukup,” tulis @Bunga Puteh pula.
“Comel sangat mangsa tu,” kata @Noorsuhada.
Setakat ini, video tersebut berjaya meraih 43,300 tontonan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



