BERITA SEMASA

JHEAIK arah kerja tambak kubur di Bedong dihentikan serta-merta

ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) mengarahkan supaya semua kerja penambakan tanah perkuburan Islam di sebuah masjid di Bedong, Kuala Muda dihentikan serta-merta, sementara permohonan rasmi mengenainya dinilai mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan.

Pengarah JHEAIK, Datuk Dr Abd Ghani Zainuddin berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan pihak jabatan meneliti secara menyeluruh permohonan yang dikemukakan oleh pengurusan masjid terbabit sebelum sebarang kelulusan diberikan.

“Kita telah mengarahkan supaya aktiviti penambakan ini ditangguhkan terlebih dahulu kerana JHEAIK perlu mengambil tindakan sewajarnya.

“Banyak langkah perlu dilalui dan pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum sebarang kelulusan boleh diberikan.

“Pihak masjid telah dimaklumkan berhubung perkara ini. Difahamkan kerja-kerja penambakan telah dijalankan walaupun keputusan kelulusan masih belum diberikan. Bagi urusan seperti ini, banyak pihak perlu dirujuk termasuk Jabatan Mufti,” katanya memetik laporan Utusan Online semalam.

BACA: https://malaysiatribune.news/berita-semasa/video-isu-penambakan-kubur-di-bedong-waris-gesa-campur-tangan-pihak-berkuasa/

Beliau mengulas mengenai aktiviti penambakan tanah perkuburan masjid berkenaan yang giat dijalankan, dipercayai bagi menangani isu kesesakan kawasan perkuburan dan sebagai persediaan untuk pengebumian jenazah pada masa akan datang.

Tanah kubur Bedong
Tangkap layar video menunjukkan sebuah jentera melakukan aktiviti penambakan di Tanah Perkuburan Islam Al-Khairiyah di Bedong, Kedah. – Foto TikTok Zamil Ibrahim

Isu tersebut turut mencetuskan perhatian awam selepas satu video mengenai aktiviti berkenaan dimuat naik di media sosial sejak semalam oleh seorang aktivis, Datuk Zamil Ibrahim yang juga merupakan ahli kariah masjid terbabit.

Mengulas lanjut, Abd Ghani berkata JHEAIK menasihatkan semua pihak, termasuk pengurusan masjid supaya bersabar dan memberi ruang kepada proses penilaian rasmi dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut dibuat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button