Wellspring Buildtrade kukuhkan kedudukan dalam industri infrastruktur negara
KUALA LUMPUR – Wellspring Buildtrade, sayap pemasaran strategik kepada BSH Vitrified Clay Pipes (BSH VCP) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pembekal utama paip tanah liat vitrified (VCP) bagi projek infrastruktur dan pembinaan di seluruh Malaysia.
Pengarah Wellspring Buildtrade, Klaus Lim berkata, sejak penubuhannya, syarikat itu konsisten membina reputasi sebagai rakan pembekal yang dipercayai oleh pemaju, kontraktor utama serta sub-kontraktor dalam projek berskala besar.
Beliau berkata, dengan jumlah jualan tahunan mencecah kira-kira 20,000 tan paip VCP, prestasi tersebut mencerminkan keupayaan operasi yang kukuh serta tahap keyakinan tinggi pasaran terhadap produk dan perkhidmatan syarikat.
“Produk VCP yang dibekalkan memenuhi piawaian serta pensijilan utama seperti SIRIM, SPAN, CIDB dan British Standard, menjadikannya sesuai untuk penggunaan jangka panjang dalam sistem kumbahan dan infrastruktur bawah tanah,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Beliau menjelaskan, paip VCP dihasilkan daripada bahan mentah semula jadi, bersifat mesra alam, tahan hakisan serta mempunyai jangka hayat yang panjang, selari dengan agenda pembangunan mampan dan pengurusan alam sekitar negara.
Selain kualiti produk katanya, Wellspring Buildtrade turut memberi penekanan kepada perkhidmatan pelanggan dan kecekapan rantaian bekalan.
Katanya, syarikat itu juga menitikberatkan penghantaran tepat pada masa, perancangan logistik yang sistematik serta sokongan pelanggan yang responsif bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek pembinaan.

Dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran dan kenaikan kos bahan mentah katanya, Wellspring Buildtrade mengambil pendekatan proaktif dengan mengekalkan harga yang telah dipersetujui bersama pelanggan.
“Langkah tersebut membantu mengurangkan risiko kewangan pemaju dan kontraktor, seterusnya menyumbang kepada kestabilan industri pembinaan dan menyokong pemulihan ekonomi pasca pandemik COVID-19, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.
Wellspring Buildtrade terlibat secara aktif dalam pelbagai projek pembangunan utama bersama pemaju terkemuka seperti Sime Darby, IJM Corporation Bhd, EcoWorld, SP Setia, LBS Bina Group Bhd dan Gamuda, sekali gus memainkan peranan penting dalam pembangunan infrastruktur dan pertumbuhan ekonomi negara.
Komitmen berterusan terhadap kecemerlangan perniagaan, kelestarian dan tanggungjawab sosial telah membolehkan syarikat itu meraih pelbagai pengiktirafan berprestij, termasuk Malaysia Book of Records bagi Jualan Tertinggi Paip Tanah Liat Vitrified Mengikut Tan, Star Outstanding Business Award serta beberapa anugerah berkaitan kecemerlangan ESG dan CSR.

Dalam aspek tanggungjawab sosial korporat, Wellspring Buildtrade turut terlibat secara aktif dalam program kebajikan Abang Susu, yang memfokuskan bantuan kepada kanak-kanak dan keluarga berpendapatan rendah melalui penyediaan bekalan susu dan keperluan asas.
Penglibatan ini mencerminkan komitmen syarikat terhadap kesejahteraan komuniti setempat serta kepercayaan bahawa kejayaan perniagaan perlu bergerak seiring dengan impak sosial yang positif.
Secara keseluruhan, Wellspring Buildtrade bukan sahaja berperanan sebagai pembekal bahan binaan, malah muncul sebagai pemain industri yang memacu kualiti, kebolehpercayaan, kelestarian dan pembangunan ekonomi negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






