BERITA SEMASAHIBURAN

‘Selamat tinggal, sayang’ – Luahan hati suami Nadia Kesuma sejurus isteri selamat dikebumi

KUALA LUMPUR – “Selamat tinggal, sayang. Aku dan anak-anak akan menziarahimu semula, insya-Allah. Amin.”

Demikian luahan sayu suami Allahyarhamah Nadia Kesuma, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah menerusi hantaran terkininya di Facebook, sejurus jenazah isterinya selamat dikebumikan di Jeddah, Arab Saudi pada pukul 7.35 pagi waktu Jeddah (12.35 tengah hari waktu Malaysia) hari ini.

“Tempat persemadian baharumu, sayang. Secara rasmi disemadikan pada jam 7.35 pagi di Dahaban New Cemetery,” tulisnya.

Terdahulu, Muhammad Kamarul memaklumkan pengurusan jenazah isterinya telah dilaksanakan mengikut ketetapan pihak berkuasa Arab Saudi.

BACA: https://malaysiatribune.news/berita-semasa/pencarian-berakhir-nadia-kesuma-meninggal-dunia-akibat-sakit-jantung/

BACA: https://malaysiatribune.news/berita-semasa/nadia-kesuma-hilang-selepas-tiba-di-jeddah-laporan-polis-bakal-dibuat/

Kubur Nadia Kesuma
Tanah Perkuburan Baharu Dahaban di Jeddah, Arab Saudi. – Foto Facebook Muhammad Kamarul Kabilan

“Jenazah sudah dimandikan oleh anak (Sarah dan kawan arwah) dan sudah disembahyangkan, diimamkan sendiri oleh saya (di Masjid Al Thaniyan, Jeddah), Alhamdulillah,” katanya dalam hantaran sebelum itu.

Allahyarhamah Nadia atau nama sebenarnya Nadia Kasumawati Abdul Karim, 50, sebelum ini dilaporkan gagal dikesan pada Khamis lalu, ketika dalam penerbangan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.

BACA: https://malaysiatribune.news/berita-semasa/jenazah-nadia-kesuma-dikebumi-selepas-subuh-waktu-jeddah/

BACA: https://malaysiatribune.news/berita-semasa/jenazah-nadia-kesuma-dikebumi-di-jeddah/

Berita kehilangannya timbul ketika beliau menyertai pakej lawatan Umrah-London-Paris bersama 20 peserta lain di yang dianjurkan oleh Nuh Travel & Tours Sdn Bhd.

Nadia Kesuma
Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullan menunjukkan gambar isterinya, Allahyarhamah Nadia Kesuma pada sidang media di kediamannya di Bertam Putra, Seberang Perai.

Jemaah berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah untuk transit seterusnya ke London dan Paris sebelum kembali ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah.

Bagaimanapun, Allahyarhamah yang juga pelakon filem Syaitan Munafik dan Kudeta itu disahkan meninggal dunia pada pukul 8.07 pagi waktu tempatan hari yang sama.

Semalam, Muhammad Kamarul bersama anak perempuannya berlepas ke Jeddah bagi menguruskan jenazah Allahyarhamah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button