BERITA SEMASADALAM NEGERI

Imigresen selamatkan dua wanita Indonesia dipercayai dijadikan buruh paksa

PUTRAJAYA – Dua wanita warga Indonesia dipercayai menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa diselamatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Kapar dan Bukit Jelutong, Selangor pada 6 dan 12 Januari lalu.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, operasi dilaksanakan bagi menumpaskan kegiatan sindiket ejen pembantu rumah asing tidak berdaftar.

“Dalam serbuan pertama pada 6 Januari lalu, pasukan operasi telah menahan seorang wanita warga tempatan berumur 38 tahun yang dipercayai bertindak sebagai ejen ketika sedang melakukan transaksi penyerahan seorang pembantu rumah kepada majikan di sebuah premis makanan.

“Dalam operasi tersebut, seorang wanita warga Indonesia berumur 45 tahun diselamatkan. Mangsa memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS) yang masih sah, namun telah dieksploitasi untuk bekerja sebagai pembantu rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga : Imigresen pantau sindiket tawar perkhidmatan keluar masuk negara melalui ‘pintu belakang’

Menurut Zakaria lagi, mangsa turut dibebani hutang kos perjalanan RM3,000 yang perlu dilunaskan melalui pemotongan gaji bulanan.

“Modus operandi sindiket dikesan menawarkan perkhidmatan pembantu rumah menerusi aplikasi WhatsApp dengan mengenakan bayaran RM8,000 kepada majikan serta menjanjikan gaji bulanan RM1,500 kepada pekerja,” katanya.

Dalam operasi kedua pada 12 Januari lalu, Zakaria berkata, pasukan operasi telah menyelamatkan seorang lagi wanita warga Indonesia berumur 54 tahun di sebuah kediaman yang diubah suai menjadi premis perniagaan makanan.

“Mangsa didapati telah bekerja di premis berkenaan selama hampir sebulan. Siasatan mendapati mangsa telah diserahkan oleh ejen kepada majikan dengan bayaran mencecah RM14,000.

“Mangsa juga dipaksa bekerja melebihi tempoh masa yang ditetapkan manakala dokumen perjalanan (pasport) dan telefon bimbit mangsa dipegang oleh pihak sindiket, menyebabkan mangsa terputus hubungan dengan ahli keluarga,” katanya.

Beliau berkata, mangsa turut berada dalam keadaan trauma akibat penderaan fizikal dan mental serta pergerakan yang dikawal ketat.

“Susulan itu, seorang wanita warga tempatan yang juga pemilik premis berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Zakaria berkata, operasi penyelamatan ini dilaksanakan berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0 bagi tujuan pengenalpastian mangsa pemerdagangan orang.

Kes disiasat di bawah Akta ATIPSOM 2007 (Akta 670). Dua wanita Indonesia dijadikan buruh paksa disel

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button