BERITA SEMASA

Situasi di Gaza makin meruncing, Kerajaan MADANI akan gerakkan Global Sumud Flotilla 2.0 – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI akan menggerakkan secara langsung misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 yang bakal disertai lebih 80 negara di seluruh dunia.

Komitmen itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima kunjungan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) yang juga Ketua Aktivis Kemanusiaan Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Sani Araby, bersama Pengasas Sumud Nusantara, Nadir Al-Nuri, di Perdana Putra, petang tadi.

GSF
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan daripada Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Dr Sany Araby Abdul Alim Araby dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir al-Nuri di Putrajaya. Kredit gambar IZZUDDIN ABD RADZAK/Pejabat Perdana Menteri.

Anwar berkata, beliau dimaklumkan mengenai situasi kemanusiaan di Gaza yang semakin meruncing akibat sekatan bantuan berpanjangan, ketidaktentuan konflik serta penderitaan berterusan yang dialami rakyat Palestin.

“Sani Araby dan Nadir Al-Nuri turut berkongsi kejayaan Misi Sumud Nusantara yang disifatkan berjaya memecahkan kebisuan masyarakat antarabangsa dan mengangkat suara Gaza ke pentas global, sekali gus meningkatkan kesedaran dunia terhadap kezaliman yang berlaku,” katanya hari ini.

Gsf
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan daripada Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Dr Sany Araby Abdul Alim Araby dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir al-Nuri di Putrajaya. Kredit gambar IZZUDDIN ABD RADZAK/Pejabat Perdana Menteri.

Menurut Anwar, perbincangan turut menyentuh perancangan gerak kerja misi kemanusiaan seterusnya, termasuk peranan strategik Malaysia dalam menjayakan Global Sumud Flotilla 2.0 sebagai kesinambungan perjuangan moral antarabangsa.

“Kerajaan MADANI akan terbabit secara langsung dalam misi ini sebagai tuntutan moral sejagat yang memerlukan keberanian untuk menegakkan keadilan dan hak kemanusiaan tanpa mengira sempadan, bangsa atau agama,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia akan menggerakkan segala kemampuan untuk membantu serta memperjuangkan hak rakyat Palestin, sambil menekankan bahawa keadilan tidak boleh lagi ditangguhkan demi sebuah Palestin yang bermaruah dan merdeka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button