BERITA SEMASA

Hari Kebangsaan 2023: Operasi LRT, MRT dan monorel bermula seawal 4 pagi

CYBERJAYA – Operasi semua sistem rel merangkumi tren Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel akan bermula seawal pukul 4 pagi pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.

Rapid KL dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, 50 bas perantara percuma disediakan dari Stesen MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya yang turut akan beroperasi bermula 4 pagi.

Selain itu, tiga perkhidmatan bas perantara percuma merangkumi laluan MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya, Kompleks Nasyrul Quran Presint 14 dan Marina Putrajaya turut disediakan.

Bertemakan ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’, sambutan berkenaan yang bertaraf nasional dan berskala besar dijangka menerima pengunjung menjangkau 100,000 orang.

Putrajaya sebelum ini menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button