BERITA SEMASA

Proses pemulihan Tun M dijangka ambil masa lama

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad masih menjalani rawatan dan pemantauan rapi di Institut Jantung Negara (IJN) bagi pemulihan tulang pinggul yang patah akibat terjatuh di kediamannya pada minggu lalu.

Menurut siaran media Pejabat Tun Dr Mahathir, rawatan fisioterapi tanpa pembedahan merupakan pilihan terbaik buat bekas Perdana Menteri itu buat masa ini.

Keputusan itu katanya, dibuat hasil perbincangan bersama doktor-doktor pakar dari Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Mengambil kira faktor usia, proses pemulihan Tun Dr. Mahathir dijangka mengambil tempoh yang agak lama,” menurut kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan itu, Dr Mahathir dan keluarga merakamkan penghargaan serta ucapan terima kasih atas keprihatinan semua pihak yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.

Kenyataan itu turut memaklumkan, beliau juga tidak dibenarkan menerima pelawat kecuali ahli keluarga terdekat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button