Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Venezuela – Wisma Putra
PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan tidak penting ke Venezuela susulan serangan ketenteraan di republik itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar berkata, peringatan itu buat selepas mengambil kira situasi tahap keselamatan semasa di Venezuela yang sentiasa berubah.
“Kementerian juga akan terus membuat pemantauan rapi dan akan menyalurkan maklumat terkini, sekiranya perlu,” kata Kementerian Luar atau dikenali sebagai Wisma Putra.
Baca juga : Venezuela akan ‘serah’ 30–50 juta tong minyak kepada AS – Trump
Media antarabangsa sebelum ini melaporkan 55 anggota tentera Venezuela dan Cuba maut dalam serbuan mengejut dilakukan pasukan AS bagi menahan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro.
Minggu lalu, pasukan tentera AS dilapor menyerang Caracas dengan mengebom sasaran ketenteraan dalam serbuan mengejut bagi menahan dan menggulingkan Maduro.
Serangan itu sekali gus menegaskan penguasaan AS ke atas negara Amerika Selatan yang kaya dengan sumber minyak itu.
Sementara itu, Wisma Putra berkata, tiada rakyat Malaysia dikenal pasti terjejas dalam serangan ke atas Venezuela itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








