Anwar diberi penghormatan letak kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diberi penghormatan melaksanakan istiadat peletakan kalungan bunga di Anitkabir iaitu kompleks yang menempatkan makam pengasas negara Turkiye, Mustafa Kemal Ataturk.
Istiadat tersebut diadakan sempena lawatan rasmi beliau ke negara itu ketika ini.
“Diberi penghormatan untuk melaksanakan istiadat peletakan kalungan bunga di Anitkabir yang menempatkan makam Mustafa Kemal Ataturk, tokoh agung Turkiye,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Perdana Menteri berkongsi, beliau turut dibawa meninjau kawasan sekitar kompleks Anitkabir di Ankara termasuk muzium yang menghimpunkan naratif sejarah, pengorbanan serta visi besar pembinaan negara itu.
“Kunjungan ini memberi ruang renungan yang mendalam tentang makna kepemimpinan, pengabdian kepada tanah air serta pentingnya nilai kenegaraan dalam membina masa depan adil dan bermaruah,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













