BERITA SEMASAPOLITIK

Ahmad Zahid titip amanat, doa kepada calon BN Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan dua calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, sebagai tanda sokongan padu kepimpinan parti terhadap jentera dan calon di lapangan.

Ahmad Zahid bertemu dengan dua calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, sebagai tanda sokongan.

Dalam pertemuan itu, Ahmad Zahid menyampaikan pesanan serta menitipkan doa kepada Mohd Ismail Ayob (Miha), calon BN bagi DUN Lamag dan Mohd Naim Kurniawan Moktar yang mewakili BN bagi Parlimen Kinabatangan.

Beliau berharap kedua-dua calon berkenaan diberi kekuatan dan kepercayaan pengundi untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat di kawasan masing-masing.

“Alhamdulillah, sempat saya menitipkan pesanan dan doa kepada calon-calon kita. Semoga Allah SWT mengurniakan kemenangan agar mereka dapat terus berbakti kepada warga Lamag dan Kinabatangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag dijadualkan berlangsung pada 24 Januari 2026, susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember 2025.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button