Man Utd pecat Amorim
MANCHESTER – Kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United hari ini dilaporkan memecat ketua jurulatih, Ruben Amorim.
Menurut BBC Sports, tempat beliau akan digantikan jurulatih pasukan Bawah-18, Darren Fletcher secara sementara.
Jumaat lalu, Amorim memberi bayangan hubungannya dengan pegawai kelab “dalam keadaan tegang, sambil memberi bayangan beliau tidak akan mendapat sokongan penuh dalam pasaran perpindahan.”
Susulan keputusan seri 1-1 menentang Leeds semalam, jurulatih dari Portugal itu sekali lagi menyindir pihak pengurusan kanan United dengan menyatakan beliau mahu bekerja sebagai seorang pengurus “bukan jurulatih” dan bersedia untuk meninggalkan kelab apabila kontraknya tamat dalam tempoh 18 bulan lagi.
Kurang daripada 24 jam kemudian, kelab mengumumkan Amorim telah “meninggalkan jawatannya sebagai ketua jurulatih Manchester United” selepas 14 bulan mengemudi pasukan.
“Dengan Manchester United kini berada di kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris, kepimpinan kelab dengan berat hati membuat keputusan bahawa inilah masa yang tepat untuk melakukan perubahan.
“Langkah ini akan memberi pasukan peluang terbaik untuk mencapai kedudukan setinggi mungkin dalam Liga Perdana Inggeris.
“Kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada Ruben atas sumbangannya kepada kelab dan mendoakan kejayaan beliau pada masa hadapan,” kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, menurut sumber, pihak pengurusan kelab berasakan tidak terdapat bukti yang mencukupi mengenai evolusi atau kemajuan pasukan pada musim ini di bawah kendalian Amorim.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








