POLITIK

Abu Bakar angkat sumpah MB Perlis yang baharu

ARAU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu di Istana Arau, di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis merangkap Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) BERSATU negeri mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis ke-12 pukul 4.08 petang tadi selepas diperkenankan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Beliau menggantikan ADUN Sanglang daripada PAS, Mohd Shukri Ramli yang meletak jawatan Khamis lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button