BERITA SEMASAHIBURANPMX

Video Pekin, Mona sambut Krismas cetus kritikan

PETALING JAYA – Kehadiran pasangan selebriti, Pekin Ibrahim dan Mona Allen ke sebuah majlis dipercayai berkaitan sambutan Hari Natal mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen, khususnya apabila ia membabitkan persoalan sensitiviti agama dan akidah.

Pasangan selebriti Pekin dan Mona yang didapati menyambut Hari Krismas dalam satu majlis baru-baru ini.

Isu itu tercetus selepas beberapa potongan video InstaStory memaparkan kehadiran pasangan berkenaan bersama rakan-rakan terdekatnya di majis berkenaan dimuat naik oleh pengguna media sosial di Threads.

Menerusi klip berkenaan, Pekin dan Mona dilihat mengenakan topi merah putih yang sinonim dengan karakter Santa Claus, selain terlibat dalam aktiviti pertukaran hadiah yang lazimnya dikaitkan dengan sambutan Krismas.

Tumpuan turut terarah kepada penampilan Mona, atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 40, yang berketurunan Melayu-Scotland, apabila beliau dilihat menutup kepala dengan kain batik namun menampakkan sebahagian rambutnya.

Keadaan itu mengundang reaksi pelbagai pihak memandangkan pelakon drama Monalisa itu sebelum ini dikenali dengan imej berhijab, sekali gus mencetuskan perbandingan dan kritikan dalam kalangan netizen, lapor Kosmo!

Rata-rata komen yang ditinggalkan bersifat sinis dan teguran keras, termasuk mempertikaikan konsistensi pegangan agama pasangan berkenaan serta mengingatkan mereka agar tidak memandang ringan soal hukum Islam.

“Adakah benar-benar mengamalkan kehidupan sebagai Muslim? Jangan main-main dengan hukum Allah,” kata seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi netizen menulis, “Jangan mudah terpedaya dengan imej luaran. Hari ini nampak alim, esok lain pula tindakannya.”

Berdasarkan tinjauan, pasangan suami isteri itu tidak memuat naik sebarang gambar atau video kehadiran mereka di majlis berkenaan di akaun media sosial masing-masing.

 

Sebaliknya, mereka hanya berkongsi hantaran berkaitan hadiah yang diterima daripada kenalan rapat tanpa sebarang penjelasan lanjut mengenai majlis tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button